Sunday, September 9, 2012

Raya Beraya Syawal 1433

Assalamualaikum everyoneeeeeeeeee.


[THIS ENTRY WOULD BE LOADS OF PICTURE, OF ME :D]

Selamat Hari Raya ! How was your raya people ? Always remind to bersederhanalah kita di Hari Raya. But I can't bersederhana la bab makannnnnnnnn. I cannot deny the faith that now, I'm really really had gain too much on weight. My tummy become bigger than ballon, wahaha :P *I'm jk ! So, whatssuppp guysss ?


Our family first day of Raya. Early morning, me and all of my family members going to solat sunat Aidillfitri at masjid near to my house. Jalan kaki sekeluarga. Meriah ! But, my niece Aliyaa tak larat, kena dukung dengan mak dia and tok wa. Ish ishh


Kami memang tak keluar rumah pada raya pertama. Usually, saudara mara yang akan datang sebab my house was quite a main house for them la. 
Sebab ni rumah arwah tok and tokwan :)


Let's beraya kat my house first. Ni antara tetamu-tatamu cilik yang i kidnap untuk ambil gambar. ZZZ




Untuk nak share about raya, it must be people would say that is so lame. As for me, raya is a celebration yang paling menggembirakan hati. Pada hari raya lah kita akan buat benda yang kita tak buat pada hari biasa. Kann? In example, bermaaf maafan. Maaf is a normal term or word yang ada senang dan ada susah untuk nak ungkapkan. Tapi selalu ke kita minta maaf di hari-hari biasa ? Cuba tiba-tiba kita mintak maaf kat member-member kita yang selama ni kita bergelak ketawa sama-sama? Mesti member-member tu akan cakap kau ni buang tebiat dah ke wehhh! Kan ? Kann ? So, hari raya adalah pengganti tempat kita nak ada perasaan buang tebiat or malu-malu tu. Ucaplah seberapa banyak maaf pun pada hari raya, mesti member takpelik. Dan pohonlah kemaafan juga pada kedua ibu bapa kita. Banyak dosa kita dengan mak bapak. Ibu & ayah lah orang yang paling senang memaafkan orang, maafkan anaknya katakan. InsyaAllah :) Tapikan hari-hari normal pun sepatutnya tak perlu lah malu nak mintak maaf, mana tahu kita meninggal sebelum sempat meminta maaf ? Ish, tak sanggup.

Seterusnya, hari raya jugak kita akan membuat lawatan-lawatan ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan terdekat tanpa rasa malu. Walaupun tahu rumah tu takde lemang, ketupat and all tetaaaaapp datang. Sebab ? Kita nak sahut cara Rasulullah SAW sambut hari raya Aidilfitri. Cara ini jugak dapat eratkan silaturrahim sesama insan, dapat bertanya khabar samada sihat atau tidak saudara kita. Anak-anak remaja macam saya ni dapat kenal macik pacik yang selama ni tak pernah berkenalan. Dan jugak, kita dapat melihat suasana rumah itu yang serba kekurangan sambutan rayanya dan rumah ini berlebihan sambutannya berhari raya. Ohhhhh, ukhuwahnyaa hidup! Subhanallah !

Benda yang paling best time raya , of course makanan ! Ai duapuluhempatjam duduk dapur youuuu olss. Untuk memasak la of course, bukan makan. Tapi sikit-sikit tu makan lah jugak kan, tak sikit pun, banyak. Hewhew. *Okay, ayat di atas ini semuanya dusta dan penipuan semata-mata* Niat di hati nak masak rendang and all, tapi tak retiewwww lah pulek. Okayfine kantoi :D Tapi seriously, kami adik beradik perempuan memang akan tetap ke dapur untuk tolong mak masak apa yang patut. Apa yang patut yeh bro :)




My second day of Rayaaaaaaaaa








@ Kamal & Khalijah's crib !


 @ Pak Su & Cu's crib 

 @ Mak Long's Crib

Melawat kubur arwah Tok & TokWan :( 

Anddddddddd, all of sudden I found this batu nisan yang tertulis my name. Muda lagi, Allah dah ambil nyawa dia. Uwuuuuuww :( 

Al Fatihahh.....


Now at Pak Amer's crib. 




RAYA # DAY TWO


                          


LOL !






RAYA # DAY SIX (AFTER WORKING HOUR) :(





@ Cousin's open house



















 THE NEXT DAY # NO RAYA ANYMORE
(Excuse me of wearing the same dress , ianya masih bersih dan suci dari kuman)


Kitorang jalan-jalan sekitar Kuantan, dari pagi pegi Pekan, Pahang cari Nasi Dageee (Nasi Dagang) dan cendol tepi jalan yang terbaik kat Kuantan, tengah harinya pergi Sg Lembing cari Mee Bandung yang terbaik kat Kuantan, petangnya pegi Tg Lumpur cari kepok lekor & sata everything yang terbaik kat Kuantan. Lewat malam, agak lah nak supper kan, makan ikan bakar kat Tg Lumpur yang terbaik kat Kuantan, POKOKNYA, semua makanan yang terbaik cukup makan lah kalau nak hidup kat Kuantan ni.  Oh that's the reason why I had gain my weight. Begitulah kehidupan. Choyyy ;3





 Cendol tepi jalan, Cendol Pak Hameed di Pekan, Pahang



Sekian, itu saja raya saya kali ni. Hargailah Aidilfitri bersama keluarga, dan saudara yang tersayang. Assalamualaikum folks :)


Saturday, September 8, 2012






" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). 
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. 
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " 


- Heba El-Haddad

Thursday, September 6, 2012


"Iffah, why don't you be one of the *********'s gang?"

"I'm not a person like them."

"Why?That's fun."

Saya mengangkat muka.

"Excuse me,that's not my choice to be a person like that."

"Why?"

"Because I'm still expensive....."Ucap saya sambil tersenyum kemudian berlalu pergi...

Tiadalah nilai diri ini sebagai wanita ingin menonjolkan tubuh yang belum terjamin kecantikannya disanjung. Tiadalah nilainya diri ini andai maruah diserahkan begitu sahaja terhadap lelaki.Saya masih ada harga diri. Saya ingin menjadi muslimah yang MAHAL.Muslimah yang dirinya diserahkan hanya untuk Ilahi..

"You are too weird Iffah."

"Why?"

"Because you said that you want to be an expensive person but you don't want to join our group."

"Owh,sorry.Obviously not."

"Why?That's how to be expensive.Everybody like us."

"Not every people like something like that.Such as me.Because that's not shown that we are expensive."

"How to be expensive?"

"Be like the gold...."Ucap saya sambil tersenyum lagi..

Tiba-tiba perempuan itu mengerutkan wajahnya.

"Iffah,did you mean that not everyone can touch us?"

"Exactly."

"Oh yeah I get it now Iffah!!Thanks!"

"Your welcome.."Bisik saya sambil melangkah ke bilik mesyuarat untuk menunaikan solat zuhur..

Kaki saya melangkah pantas menuju ke perhentian bas di sekolah.Alhamdulillah, selesai sudah amanahku sebagai pelajar hari ini. Rupanya masih jauh perjalananku.Ada lagi yang belum aku selesaikan.
Fikiran saya melayang memikirkan apa yang boleh dilakukan sepanjang cuti ini.Oh ya, novel yang baru 3 perenggan saya tulis itu belum diselesaikan lagi.Ada lagi yang perlu dilakukan.

Tatkala asyik melayan perasaan,terdengar sayup-sayup suara seseorang memanggil saya.Saya menoleh ke belakang.Oh,teman saya tadi rupanya.

Langkahku disambung lagi menuju ke arah teman saya itu.Kemudian si teman saya menghulurkan satu buku,saya mencapainya.

"Today one my friend who is a Muslim, wore hairdress, just told me something about how to be expensive."

"I asked her how to be expensive,and she answered me that we have to be like the gold.."

"And when I thought for a while, I understood what she mean.."

"Not every one can touch us..."-is Iffah's answer.

I like how she speak.A long time ago, I thought that she is just a Muslim who is a person like so bored and nothing fun to friend with her.But now, everything was changed.

Thank you Iffah...Today I just learned something from you....How to be expensive....

Saya mengesat air mata yang hampir mengalir lantas memeluknya.Moga suatu nanti hatimu terbuka sahabatku...

Pendekatan juga yang membantu.Semuanya dengan pendekatan Islami.Kerana kelembutan Rasuslullah juga yang memikat hati orang-orang jahiliyah ke arah jalan Hidayah.Menuju jalan Islam yang cerah...

Sesungguhnya, hari ini, satu lagi peristiwa yang tercatat dalam helaian hidup ini.Menambahkan pengalaman untuk menuju jalan dakwah seterusnya nanti.Semoga hari-hari yang bakal mendatang nanti akan terus direntangi dengan penuh kesabaran di hati.Insyaallah..

Mencari Dan Terus Mencari Damai Yang Hilang

Jumpa lagi, Insyaallah..

Semoga beroleh manfaat..

This writer is very young and talented. She is only 14 years old and live in UK. She school at where she is the only one muslim. May Allah bless you Iffah Nabiha. Istiqamahkan jihad anda sebagai muslimah :)



Tuesday, September 4, 2012

Debaran perkahwinan. Keep Calm and ...


Assalamualaikum =) 



Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Dan copy lagi di blog Fatin Liyana :D

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."



Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"


Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.


Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.


Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


TAMAT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Terima kasih Madam atas perkongsian cerita ni, ada betul juga apa yang Madam Fauziah cakap, saya selalu berangan-angan nak kahwin, hewhew. Sentap okayy bila baca ni. Well said, bila kita nak berkahwin, kita kena tahu & fikir tanggungjawab, bukan hanya sekadar menjalankan hari pernikahan dan perkahwinan, tapi kena tahu pada hari-hari seterusnya kita akan menajalani kehidupan alam rumah tangga. Pasangan lelaki dan perempuan, dua-dua berperanan penting bagi menjadikan alam rumah tangga yang dibina kekal istimewa di sisi Allah. Lelaki kena ada sabar, begitu juga perempuan kena ada sabar. Ego pun kena buang jauh-jauh. *Even saya ni ego tahap dewa* But , saya sebenarnya ada toleransi juga. Kadang-kadang kita kena tunjuk ego *sebenarnya bergurau*, untuk nak nilai orang tu kann :P . Kita zaman sekarang boleh dikatakan sangat-sangatlah yang teramatnya mencabar. Kadang-kadang terlalu sangat ikutkan hati, tanpa fikir masak-masak. 

Tapi, pada nilai saya sendiri tak salah mereka yang berkahwin nak expose how sweet they really are. Tapi ada batas-batas lah. Apa yang baik, kita ambil. Apa yang kurang baik di mata Allah, kita buang ketepi. Kita dikurniakan kewarasan akal oleh Allah, bagilah hak pada akal kita untuk berfikir pada jalan kebaikan. To those who really desperate to have a marriage life, please fikir dalam-dalam siapa pasangan anda dan kenal diri anda sendiri. Cukup ke tidak ilmu agama, ilmu rumah tangga, ilmu kesabaran, ilmu kematangan dan segala ilmu. Adakah you guys betul-betul bersedia nak galas tanggungjawab sebagai isteri yang sememangnya kena taat pada perintah suami, suami suruh tutup aurat, ditengkingnya suami. Suami suruh pakai sleeveless, makin sayang pulak suami. Allahurabbi, jauhkanlah saya, saudara-mara dan rakan-rakan saya dari menjadi wanita dan lelaki seperti itu. Maksudnya, janganlah kamu wahai perempuan berkahwin dengan lelaki dayus yang terang-terang menyuruh kamu berbuat dosa. Kaum lelaki ni ramai yang tak tahu apa dayus disisi Islam sebenar. Sila belajar ye.

Come on, jika benar-benar nak kahwin, belajarlah, dalami lah ilmu rumah tangga tu sedalam-dalamnya. Hayati tiap perkahwinan orang yang berjaya mencipta bahagia dalam perkahwinan mereka, iaitu ibu dan ayah kita. Walaupun, ada kelat, pahit, manis, dan masam, itulah rencah kehidupan rumah tangga, rencah yang kita sendiri adunkan supaya dapat merasai nikmat manisnya perkahwinan yang dibina atas dasar iman dan taqwa kepada Allah. Untuk lelaki juga, sebab itulah, kaum awak diberikan hak untuk melafazkan cerai, sebab kaum awak adalah kaum yang boleh bersabar kalau diikutkan. Tapi kalau tengok sekarang, mudahnya lafaz itu dilafazkan oleh kaum lelaki. Dan kaum perempuan juga, kaum saya yang sangat tidak bersabar dan boleh jadi tak matang dalam benda yang remeh temeh. Jom sama-sama kita bina iman dan taqwa pada Allah, jalinkan hubungan kasih sayang dengan Maha Pencipta langit dan bumi. Seterusnya, pelajarilah ilmu mendirikan masjid, dan belajar bersabar untuk menerima kelebihan dan kekurangan manusia. Minta Allah hadirkan satu waktu yang tepat untuk kita betul-betul bersedia membina cinta dengan manusia ke jalan yang halal. Tips dari Prof Dr. Muhaya, buatlah apa sahaja atas niat kerana Allah, dan letakkan lah diri kita dan harapan kita pada Allah, satu-satunya hanya pada Allah. Apa jua kita lakukan kerana Allah Taala. InsyaAllah, Aminnnnnn. 


Bagi yang sudah jumpa pasangan, buatlah istikhrah, jangan pernah putus harapan pada Allah. Letakkan apa jua keadaan dan keputusan yang kita buat utamakan Allah dulu. Bila dah sampai tarikh perkahwinan pun buat lah lagi istikharah, sesungguhnya Allah tu Maha Berkuasa untuk semesta alam.  Dialah penentuan samada bahagia atau terujinya kita. Semuanya hanya pada Dia. Dan bagi yang belum berjumpa pasangan (seperti saya :P), lupakanlah sebentar cerita fairy tale. Jom kita dekatkan hubungan kita dengan Allah (habluminallah) dan barulah kita bina hubungan kita dengan manusia (habluminannas). Allah itu lebih tahu mana nak letak hari bahagia kita. Kita berserah jelah okay. Sesungguhnya, perkahwinan itu adalah satu kejayaan dari melakukan maksiat, tetapi, tolonglah jangan kahwin atas sebab musabab yang tak patut dijadikan sebab. Tolong, pelajari ilmu agama dan rumahtangga sebelum nak berkahwin. Kahwin tanggungjawab yang paling besar dan berat. Jangan sesekali berkahwin sebab tengok orang lain dan kawan-kawan lain dah kahwin, kita pun sibuk nak kahwin. Oh, tak salah, tapi adakanlah ilmu agama tu dulu, belajar dan fahamkan. Kita berkahwin dengan manusia, bukan dengan malaikat. Jadi, belajar.

Peringatan ini buat diri saya juga, yang selalu lalai...

Blog adjourned. :)