Tuesday, September 4, 2012

Debaran perkahwinan. Keep Calm and ...


Assalamualaikum =) 



Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Dan copy lagi di blog Fatin Liyana :D

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."



Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"


Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.


Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.


Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


TAMAT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Terima kasih Madam atas perkongsian cerita ni, ada betul juga apa yang Madam Fauziah cakap, saya selalu berangan-angan nak kahwin, hewhew. Sentap okayy bila baca ni. Well said, bila kita nak berkahwin, kita kena tahu & fikir tanggungjawab, bukan hanya sekadar menjalankan hari pernikahan dan perkahwinan, tapi kena tahu pada hari-hari seterusnya kita akan menajalani kehidupan alam rumah tangga. Pasangan lelaki dan perempuan, dua-dua berperanan penting bagi menjadikan alam rumah tangga yang dibina kekal istimewa di sisi Allah. Lelaki kena ada sabar, begitu juga perempuan kena ada sabar. Ego pun kena buang jauh-jauh. *Even saya ni ego tahap dewa* But , saya sebenarnya ada toleransi juga. Kadang-kadang kita kena tunjuk ego *sebenarnya bergurau*, untuk nak nilai orang tu kann :P . Kita zaman sekarang boleh dikatakan sangat-sangatlah yang teramatnya mencabar. Kadang-kadang terlalu sangat ikutkan hati, tanpa fikir masak-masak. 

Tapi, pada nilai saya sendiri tak salah mereka yang berkahwin nak expose how sweet they really are. Tapi ada batas-batas lah. Apa yang baik, kita ambil. Apa yang kurang baik di mata Allah, kita buang ketepi. Kita dikurniakan kewarasan akal oleh Allah, bagilah hak pada akal kita untuk berfikir pada jalan kebaikan. To those who really desperate to have a marriage life, please fikir dalam-dalam siapa pasangan anda dan kenal diri anda sendiri. Cukup ke tidak ilmu agama, ilmu rumah tangga, ilmu kesabaran, ilmu kematangan dan segala ilmu. Adakah you guys betul-betul bersedia nak galas tanggungjawab sebagai isteri yang sememangnya kena taat pada perintah suami, suami suruh tutup aurat, ditengkingnya suami. Suami suruh pakai sleeveless, makin sayang pulak suami. Allahurabbi, jauhkanlah saya, saudara-mara dan rakan-rakan saya dari menjadi wanita dan lelaki seperti itu. Maksudnya, janganlah kamu wahai perempuan berkahwin dengan lelaki dayus yang terang-terang menyuruh kamu berbuat dosa. Kaum lelaki ni ramai yang tak tahu apa dayus disisi Islam sebenar. Sila belajar ye.

Come on, jika benar-benar nak kahwin, belajarlah, dalami lah ilmu rumah tangga tu sedalam-dalamnya. Hayati tiap perkahwinan orang yang berjaya mencipta bahagia dalam perkahwinan mereka, iaitu ibu dan ayah kita. Walaupun, ada kelat, pahit, manis, dan masam, itulah rencah kehidupan rumah tangga, rencah yang kita sendiri adunkan supaya dapat merasai nikmat manisnya perkahwinan yang dibina atas dasar iman dan taqwa kepada Allah. Untuk lelaki juga, sebab itulah, kaum awak diberikan hak untuk melafazkan cerai, sebab kaum awak adalah kaum yang boleh bersabar kalau diikutkan. Tapi kalau tengok sekarang, mudahnya lafaz itu dilafazkan oleh kaum lelaki. Dan kaum perempuan juga, kaum saya yang sangat tidak bersabar dan boleh jadi tak matang dalam benda yang remeh temeh. Jom sama-sama kita bina iman dan taqwa pada Allah, jalinkan hubungan kasih sayang dengan Maha Pencipta langit dan bumi. Seterusnya, pelajarilah ilmu mendirikan masjid, dan belajar bersabar untuk menerima kelebihan dan kekurangan manusia. Minta Allah hadirkan satu waktu yang tepat untuk kita betul-betul bersedia membina cinta dengan manusia ke jalan yang halal. Tips dari Prof Dr. Muhaya, buatlah apa sahaja atas niat kerana Allah, dan letakkan lah diri kita dan harapan kita pada Allah, satu-satunya hanya pada Allah. Apa jua kita lakukan kerana Allah Taala. InsyaAllah, Aminnnnnn. 


Bagi yang sudah jumpa pasangan, buatlah istikhrah, jangan pernah putus harapan pada Allah. Letakkan apa jua keadaan dan keputusan yang kita buat utamakan Allah dulu. Bila dah sampai tarikh perkahwinan pun buat lah lagi istikharah, sesungguhnya Allah tu Maha Berkuasa untuk semesta alam.  Dialah penentuan samada bahagia atau terujinya kita. Semuanya hanya pada Dia. Dan bagi yang belum berjumpa pasangan (seperti saya :P), lupakanlah sebentar cerita fairy tale. Jom kita dekatkan hubungan kita dengan Allah (habluminallah) dan barulah kita bina hubungan kita dengan manusia (habluminannas). Allah itu lebih tahu mana nak letak hari bahagia kita. Kita berserah jelah okay. Sesungguhnya, perkahwinan itu adalah satu kejayaan dari melakukan maksiat, tetapi, tolonglah jangan kahwin atas sebab musabab yang tak patut dijadikan sebab. Tolong, pelajari ilmu agama dan rumahtangga sebelum nak berkahwin. Kahwin tanggungjawab yang paling besar dan berat. Jangan sesekali berkahwin sebab tengok orang lain dan kawan-kawan lain dah kahwin, kita pun sibuk nak kahwin. Oh, tak salah, tapi adakanlah ilmu agama tu dulu, belajar dan fahamkan. Kita berkahwin dengan manusia, bukan dengan malaikat. Jadi, belajar.

Peringatan ini buat diri saya juga, yang selalu lalai...

Blog adjourned. :)