Saturday, December 15, 2012

A trip to Sabah

Heyy Assalamualaikum :)

Do you know where's the best location for holiday in Malaysia ? If you're a peace lover, come here then ! Sabah is the best place for you. No regret.


Me and family have a best holiday trip in Sabah. You gonna love the air and the sea. Marvellousss y'olss haha.



Okay, this trip 'sponsored by Air Asia' a.k.a makdanabah :P




Ohana !






My goodfriend yang manis. Siti Aisyah 



Kalau pergi Sabah tak sah kalau tak pergi pulau okay ! Sabah banyak pulau, tapi yang paling cantik Pulau Sipadan dan Semporna. Tapi pulau yang mampu pergi pada haritu adalah Pulau Manukan, hewhew :P The island isn't that bad, air jernih sangat, nampak coral yang omg, i was like "am i dreaming that i was at this beautiful island?" Subhanallah walhamdulillah, bertemu juga kitorang dengan anugerah alam yang cantik, sungguh Allah tu maha bijaksana dalam mencipta alam kan. Subhanallah.

(My camera bukan leica or yg ber HD, and NO FILTER. Jadi, kecantikan sebenar gambar pulau ini 
bukan terletak pada my camera, tapi pada hati. So, boleh imagine kan ?)











And about this video, nothing much ;P


Sorry, picture over load. Sebab nak lepas geram. It's been a longggg time I dont have issue to update in blog. Jadi, terimalah :P


















What the thing I found in Sabah ? *drooling*

Sapa pernah makan rumpai ni ? Rasa nak lompat-lompat terjun lombong kan ? Hahahaha :P


Kuda laut. Orang cakap boleh ubati asthma. Well, not bad.



Wkwkwkwkwk !


Penjual tu cakap telur ni boleh kelurkan cahaya. Telur ayam kot keluar cahaya. Pastu saya tanya nak buat pebenda jual benda ni ? Dia cakap boleh 'blablablablaaa' (rahsia). Oh khurafat betul. 



ABC yang rasa amat pelik. Sedap dia 15 % je.

I bought all this as souvenir ! Zeriouzly, cantik !

Goreng pisang dia pun pelik, aishhh, sume nak komen haha

Yo yaww ! Jijah in the houzeee yaww ! Awek filipine berbaju kebaya dan berselipar jepun haha. She's our tour guide datang Pekan Pasar Filipine ni


Kalau tunjuk kat anak sedara aku ni, confirm dia kata aku maksu yang hebat. Selam2 dapat tangkap ni. haha



Kat sini pun jadi :D


ECEH CEHHHH !




Kalau kat sini ada tukang jahit bebas camni kan best, blh alter banyak jeans & slack ai yg longgar2 tu haha



Last from us from Sabah with L♥ve

XoXo

E

*Bajet alaala D (Dian Istanbul Aku Datang) 

PUBLISH !

Tuesday, October 30, 2012


Bezakan Mana Islam, Mana Silap Tafsiran

Seorang isteri mengadu suaminya banyak menggunakan dalil-dalil agama untuk menghalalkan kecurangannya .
“Dalam al-Quran, Allah suruh lelaki kahwin 4. Nak kahwin mestilah kena ‘couple’ dulu. Kenal-kenal dulu,” hujah suaminya.
Dia juga mencaci maki isterinya dengan label nusyuz, penentang hukum Allah dan menyeterika perasaan isterinya dengan ancaman neraka.
“Kalau kamu adu ke pejabat agama atau mahkamah syariah, kamu tak akan cium bau syurga. Perempuan ramai di neraka sebab tidak taat kepada suaminya. Faham!” Ayat pedih ini dihumban ke telinga isterinya hampir setiap hari.
Saya tidak dapat membayangkan beratnya bebanan perasaan yang ditanggung oleh si isteri. Agamanya terfitnah tika itu kerana dia keliru membezakan mana Islam dan mana sikap umat Islam. Allah memberi amanah berat kepada seorang suami untuk mendidik isterinya merasai indahnya Islam. Ironinya, banyak sikap dan akhlak suami yang membuatkan isterinya yang kurang ilmu makin jauh dari agama kerana tersilap menyangka Islam yang menganiaya.
Di Malaysia, kita bertuah apabila kes cerai-rujuk, poligami dan nusyuz mesti diadili di mahkamah. Mahkamah berperanan sebagai badan berautoriti yang boleh mendengar suara semua pihak dan memberi keadilan dalam kes mereka. Enakmen kekeluargaan di Malaysia memperakui aduan isteri untuk mengelakkan sebarang kezaliman dan ketidak adilan daripada berlaku. Ia selari dengan satu prinsip hadis sahih,la dharar wala dhirar (Tiada kemudaratan dan tidak boleh  membalas kemudaratan).

Kita Buat, Kita Dapat

Punca-punca kecurangan boleh dielak sejak belum bernikah. Tidak hairanlah Islam sangat mementingkan aspek pemilihan pasangan. Pesan Nabi, pilihlah yang beragama kamu akan beruntung.
Jika kita tidak mahu mendapat pasangan yang curang, jangan curangkan hubungan kita dengan Allah melalui perbuatan menghampiri zina. Tiada nikmatnya maksiat. Hanya memberi azab setiap hari bahkan juga di kemudian hari.
Analoginya, jika kita tidak mahu terkena penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi ketika di usia tua, kita perlu menjaga pemakanan dan berdoa ketika di usia muda. Inilah kebijaksanaan mencegah sebelum merawat.

Musibah Diundang atau Tidak Diundang

Apa sahaja musibah yang tidak kita sukai, Islam mengajar kita berdoa dan berusaha mencegahnya. Bukan berdiam diri dan mengharap kosong di atas angin begitu sahaja.
Jika Allah takdirkan sesuatu musibah terjadi ke atas diri kita, ia akan terjadi juga. Usah peningkan kepala. Kecilkan risikonya.
Tunjukkan kepada Allah SWT bahawa kita telah mencurahkan doa dan usaha dalam kudrat seorang hamba yang serba terbatas..
Musibah itu ada dua jenis. Ada yang datang ‘diundang’ dan ada yang datang ‘tidak diundang.’
Jika musibah tetap terjadi meskipun kita sudahpun mengambil langkah pencegahan dan langkah berhati-hati, ianya suatu musibah ‘tidak diundang’. Sudah tentu rahmatnya besar di sisi Allah. Keadaan ini lebih baik daripada gagal membuat jangkaan dan mencegah datangnya musibah, kerana risiko berlakunya musibah pada bila-bila masa jauh lebih besar. Rasa tidak tenang lebih kerap hadir.
Sebelum bernikah, kita sepatutnya sudah bijak membaca kriteria pasangan yang berpotensi untuk curang setelah bernikah. Selalunya dia seorang yang:
Gatal.
Suka mengurat.
Berkawan dengan ramai pasangan tanpa urusan.
Selalu SMS dan call pada perkara yang tidak penting.
Selalu bergurau hendak bernikah ramai.
Asyik chatting dan facebook dengan pasangan bukan mahram.
Jika kita sendiri memilih pasangan yang berpotensi untuk tidak setia, kemudian, apabila kita menjadi suami atau isterinya, dia bermain kayu tiga, maka kita sendirilah yang sebenarnya mengundang masalah itu.
Bukankah telah saya nyatakan bahawa Allah SWT sudahpun memberitahu kita, banyak sekali musibah dalam hidup ini bersumber daripada perbuatan kita sendiri? Kita yang mengundangnya. 

Minimumkan Musibah

Langkah pencegahan dan membuat jangkaan bukanlah bertujuan untuk hidup tanpa masalah. Mana ada hidup tanpa masalah? Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meminumkan musibah dan masalah, terutamanya akibat sikap dan kesalahan kita sendiri.
Ramai pasangan boleh terima apapun kekurangan suami atau isterinya. Dia sanggup berada di sisi pasangan walau apapun terjadi kepadanya. Tidak kira pasangannya jatuh miskin, sakit teruk, dimusuhi, dibebani hutang, difitnah atau apa sahaja berlaku ke atasnya, dia terus setia.
Cuma satu, ramai suami atau isteri lebih sanggup kehilangan pasangannya jika dia mempunyai kekasih yang lain. Sebelum masalah besar ini timbul dan kesannya berlarut-larut dalam seluruh baki usia, kita mesti berhati-hati melangkah.
Jika ia berlaku kerana lalainya kita membuat jangkaan yang tepat ketika dalam tempoh pemilihan, maka yang bersalah adalah diri kita sendiri. Bukan orang lain.
Cinta lebih rasional jika ada syarat yang munasabah. Bincangkan ia sejak di fasa pertunangan untuk mengecilkan risiko keruntuhan rumah tangga pada masa depan. Mahukan cinta tanpa syarat? Okey tapi realistiklah! Lihatlah, cinta Allah mempunyai syarat selagi kita tidak syirik kepada-Nya. Cinta dalam pernikahan juga wajar mempunyai syarat ta’liq agar melindungi pasangan daripada risiko penganiayaan.
Betapa ramai pasangan yang suka mengubat sebelum mencegah. Apabila pasangannya terbukti bermain kayu tiga, barulah dia mula mencari penyelesaian. Mereka pejamkan sahaja mata ketika masalah memberi ‘petanda awal’ untuk datang. Usaha mengubat jauh lebih sakit dan pedih daripada usaha mencegah. Mahu yang mana?


All this is copyright from blog Fatimah Syarha di http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2012/10/pasangan-curang-boleh-dielak.html
Ya Allah Fullfill My All Right Dreams :'(
Ya Allah Give Me A Great Success :'(
Ya Allah Give Me A Bright Feature :'(
Ya Allah Give Me Those Things Which Is Perfect For Me :'(
Ya Allah Protect me From Devil Works :'(
Ya Allah Give Me The Money&Time Which Can I Spend On Your Way:'(
Ya Allah Give Me A Good Health :'(
Ya Allah Give Me A Halal Wealth :'(
Ya Allah Bless My Parents :'(
Ya Allah You Can Do Any Thing
Please Fullfill My All Right Dreams :'(


 Amin Ya Rabbal Alamin ;')

Wednesday, October 10, 2012



If you want to know about Islam, read the Quran 
- Dr Zakir Naik , 5th October 2012 , Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah






Tuesday, October 9, 2012

Say Alhamdulillah




Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Ajarlah anak-anak comel kita untuk sentiasa mengucapkan Alhamdulillah.


Alhamdulillah for everything , ya Allah :)






Thursday, September 27, 2012

Cinta Islamik

Copy dari 
Afdholul Rahman CA (Official)

Ada orang yang berselindung di sebalik cinta Islamik. Dia sangka dengan chat berjam-jam sampai ke tengah-tengah pagi buta memberi nasihat dan teguran kepada perempuan bukan mahram yang belum tentu lagi menjadi pasangannya sehingga mengorbankan waktu tidurnya akan menjadikan itu satu yang islamik. 

Kadangkala, perkara itu sehingga menyebabkan berlaku gangguan pada fokus belajar atau kerjanya. Kal
au dia seorang pelajar, prestasi belajar menjadi tidak bagus. Kalau dia seorang pekerja, prestasi kerja merosot.

Dari satu sudut, dia telah berlaku zalim pada dirinya sendiri.
Bagaimana mungkin kita membetulkan orang lain sehingga kita merosakkan diri kita sendiri?

Ada orang juga sangka, dengan komen-komen 'romantis-Islami' di ruang komen status perempuan atau lelaki yang dia suka, tetapi belum diikat dengan ikatan yang sah akan menjadikan hubungan mereka itu Islamik.

'Saya nak ke syurga bersama awak.'

'Oh, imamku. Rindu kamu.'

Jangan tertipu dengan perkataan-perkataan berbaur Islamik kalau caranya saja sudah tidak menepati apa yang Islam ajar.

Kamu belum ada ikatan yang sah dengan perempuan atau lelaki yang kamu cinta, maka bagaimana mungkin kamu boleh pergi lafazkan kalimah 'rindu'lah, 'cinta'lah sesuka hati kamu. Kamu pun belum tahu apakah dia itu akan benar-benar jadi milik kamu. Kalau suatu hari nanti, tiba-tiba tak jadi, maka nak simpan mana kata-kata romantis selama ini yang dah terkeluar dari mulut dan tulisan-tulisan kamu tu?

Mahu ke syurga bukan dibuktikan dengan lafaz kita kepadanya, tetapi ia dibuktikan dengan tindakan kita terhadapnya. Tak ada gunanya lafaz yang indah-indah, tapi buatnya macam lain.

Malam-malam berdua-duaan chatting atau bercakap dengannya tanpa pengetahuan orang tua, tidakkah itu boleh menimbulkan syahwat? Mulut mungkin mengungkapkan kata-kata manis dan nasihat berbaur agama, tetapi nafsu dan perasaan yang sedang berombak, masing-masing yang tahu.

Berhati-hatilah.

Bukan cinta Islamik jika kita sendiri sedang menggerakkan diri kita dan dia ke neraka.





And another writing from Aiman Azlan. Well said bro. Here the link Kapel Tapi Tak Kapel



My lovely kids !

Assalamualaikum everyone !

Kehidupan semasa kanak-kanak adalah yang paling best. Hidup semasa kecil tak perlu fikir kewangan, tak perlu fikir hari ni pegi kerja/kolej nak pakai baju apa, tak perlu nak risau jerawat naik, tak perlu jaga perasaan orang, tak perlu buat kerja rumah, tak perlu fikir masalahhhh. Ohhh, somehow I miss my childhood time :( Actually, I love budak-budak yang umur setahun hingga ke 3 tahun. Sebab senang nak control haha. Tapi kalau dah anak sendiri of course la since the day dia lahir hingga akhir hayatnya. Yedak ?

I miss my niece and nephew yang umur muda dulu-dulu. I mean, when she/he age about 1 years old until 3. Sangat comel, sangat baik, sangat sukaaaaa lah kat dorang! Rindu, rinduuu !

My 6 years nephew, Fieshan ! Now dah nakal gileeehhh, dan ngada-ngadaa. But I love him ! He sometimes cerdik macam orang dewasa. And sometimes am gonna miss his naughty's act. He loves to bodek-bodek we all if nak apa-apa. Cara bodek dia tu, memang mencairkan haha. Well, dia kan ada dua maksu yang berwajah serupa, so kalau maksu sorang lagi tak layan dia, dia akan pegi pd another maksu. The term is, dengan puji-pujian hahaha. (Or actually his aunty yang ajar kot ?)




His trademark for photos !

 A serious gamer and he can't live without game !

 Nakal. Super nakal !




And lil bit cute boi ! Miss you !

Now, my niece yang mulut macam cik kiah, cik bedah, cik peah. Hahahaa. Aliyaaaa ! She look boyish and mengada-ngada jugak sometimes, Haha. But normal la, kids nowadays memang banyak akal. Pengaruh TV dan cartoon. So bad. She loves to membebel kalah my mum ! We call her 'Mina talkative' and she agreed with the name. LOL

 



And lastly, my cousin's daughter. She's sooooooooooooo lovely. Yet, cute. Aqilaaaah! I dont remember her age, but stil baby. Sometimes her face ada innocent look. Sebab tu lah cute ! 

Just watch all her video. I'm sure you gonna love her haha





 That's all my kids storyteller. LOL



And one thing, I wish my baby soon gonna look like this ! Pleaseeeeeeee god. I want this baby look exactly as mine :P