Thursday, September 27, 2012

Cinta Islamik

Copy dari 
Afdholul Rahman CA (Official)

Ada orang yang berselindung di sebalik cinta Islamik. Dia sangka dengan chat berjam-jam sampai ke tengah-tengah pagi buta memberi nasihat dan teguran kepada perempuan bukan mahram yang belum tentu lagi menjadi pasangannya sehingga mengorbankan waktu tidurnya akan menjadikan itu satu yang islamik. 

Kadangkala, perkara itu sehingga menyebabkan berlaku gangguan pada fokus belajar atau kerjanya. Kal
au dia seorang pelajar, prestasi belajar menjadi tidak bagus. Kalau dia seorang pekerja, prestasi kerja merosot.

Dari satu sudut, dia telah berlaku zalim pada dirinya sendiri.
Bagaimana mungkin kita membetulkan orang lain sehingga kita merosakkan diri kita sendiri?

Ada orang juga sangka, dengan komen-komen 'romantis-Islami' di ruang komen status perempuan atau lelaki yang dia suka, tetapi belum diikat dengan ikatan yang sah akan menjadikan hubungan mereka itu Islamik.

'Saya nak ke syurga bersama awak.'

'Oh, imamku. Rindu kamu.'

Jangan tertipu dengan perkataan-perkataan berbaur Islamik kalau caranya saja sudah tidak menepati apa yang Islam ajar.

Kamu belum ada ikatan yang sah dengan perempuan atau lelaki yang kamu cinta, maka bagaimana mungkin kamu boleh pergi lafazkan kalimah 'rindu'lah, 'cinta'lah sesuka hati kamu. Kamu pun belum tahu apakah dia itu akan benar-benar jadi milik kamu. Kalau suatu hari nanti, tiba-tiba tak jadi, maka nak simpan mana kata-kata romantis selama ini yang dah terkeluar dari mulut dan tulisan-tulisan kamu tu?

Mahu ke syurga bukan dibuktikan dengan lafaz kita kepadanya, tetapi ia dibuktikan dengan tindakan kita terhadapnya. Tak ada gunanya lafaz yang indah-indah, tapi buatnya macam lain.

Malam-malam berdua-duaan chatting atau bercakap dengannya tanpa pengetahuan orang tua, tidakkah itu boleh menimbulkan syahwat? Mulut mungkin mengungkapkan kata-kata manis dan nasihat berbaur agama, tetapi nafsu dan perasaan yang sedang berombak, masing-masing yang tahu.

Berhati-hatilah.

Bukan cinta Islamik jika kita sendiri sedang menggerakkan diri kita dan dia ke neraka.





And another writing from Aiman Azlan. Well said bro. Here the link Kapel Tapi Tak Kapel