Wednesday, August 15, 2012

My Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullah to all readers :)

Some of us still counting the end of Ramadhan. Honestly, I'm little bit worried about my puasa. Adakah Allah SWT terima segala amalan yang telah di lakukan selama sebulan aku bertaqarrub menghadap Ilahi ? Insyaallah dengan izinNya, semoga Dia terima. And terus terang juga, rasa cemburu yang melampau-lampau tengok mostly of my friends yang dapat memenuhi Ramadhannya secara harian dan melakukan amalan-amalan sunat pada 10 malam terakhir Ramadhan dengan sepenuhnya. Seriously, cemburu :(

I can't make it atas sebab-sebab tertentu, hanya beberapa malam je sempat. Malam ni ada lagi masa untuk mencari Lailatul Qadar kan, tapi rasa macam dah terlepas je, rasanyaaa. Ohh Allah je yang tahu, semua tu kuasa Allah SWT :( To girls, fyi orang perempuan yang dalam keadaan di datangi haid boleh juga berjaga di malam hari untuk mencari Lailatul Qadar. Jangan risau k . Menurut Ustaz Zaharuddin di blog beliau, kita boleh melakukannya dengan berdoa banyak-banyak pada Allah minta pengampunan sehabis baik, berzikir banyak-banyak, baca terjemahan Al Quran and dengar bacaan di radio, atau siapa-siapa yang berjaga malam tu untuk membaca AL Quran. Sungguh Allah itu Maha Penyayang, dia tak pernah discriminate kita yang dalam keadaan macam tu kan. Dia bagi kita kesempatan untuk tak terlepas mencari pahala yang dia nak bagi. Aku bersyukur ya Allah.

Doa hari ke 26 Ramadhan : "Ya Allah, jadikan usahaku sbg usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Amin ya rabbal alamin 

Just nak share my Ramadhan this year, ada happy ada sedih, ada yang sebak sebab bersyukur sangat-sangat dengan segala ujian yang Dia beri. Tak perlu cerita yang sedih, sebab kalau orang tersebut baca itu tandanya aku ni kejam. Biarlah Allah je yang tahu :)

Last week, I came for a talk about Cinta Ramadhan at Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan. The talk quite nice la walaupun ada panel yang tak bercakap langsung tentang Cinta Ramadhan, tapi cakap pasal cinta, cinta cintaaa. Duhhh, we talking about Kembara Cinta Ramadhan okay. Ni 100% semua pasal cinta manusia. Anyway, semua majlis ilmu ni ada seribu kebaikan kan. Kita tak boleh memilih sangat bab-bab ilmu ni, tak kisah lah siapa moderator dia, luas pengalaman ke tak, ada pengaruh ke tak. Sedangkan penceramah yang berpengaruh sekarang pun pada masa dulu dia tidaklah sehebat mana. Semua itu pengalaman yang akan mengajar kita. Yang penting ada ilmu yang dia nak sampaikan.

Ceramah Kembara Cinta Ramadhan with Imam Muda Amar (Musim tak tahu oh) and Muslimah Zinnirah with all iluvislam volunteer. Tak lupa juga adik-adik Sek Men Sains Sultan Ahmad Shah. Soalan dorang mengancam oh, hehe




Nazneen Najib and Sofea Shukor :)


 Break the fast ! Nice Iftar on that day ! :)


I just comfortable with this. I hope boleh istiqamah. My mom's and dad's hope

 Muka lapar. Susah nak tengok dia senyummmmmmmmmmm. Grrrr haha

Okay, senyum pong!
The last thing nak share time berbuka puasa time kat surau KLCC two last week, sebab all place for berbuka dah full. Ada seorang mamat ni menghulurkan kurma pada semua kita orang yang nak berbuka dekat surau tu. Masha Allah, semoga Allah merahmati beliau. Even satu kotak kurma yang dia sedekahkan tu tak lah seberapa tapi maybe niat dia ikhlas sangat, Allah janjikan seribu kebaikan. Insyaallah.

So, how is your Ramadan this year pulak? Have you been taking full advantage of this blessed month? 

If you haven't, don't worry, there is still time to increase our ibadah to Allah SWT. It's never too late to do anything (except when we are dead, of course)! 

So, let's increase our ibadah NOW. We can read the Qur'an, dhikr, help our mum to clean up the house, feed the cats, watch beneficial TV shows or just simply make a du'a for something good. And don't forget to have the correct intention (NIAT) to do everything for Allah! ;) 
Okay assalamualaikum lovers !


Thursday, August 9, 2012

DOA PEMBUKA DUA BELAS PINTU

Assalamualaikum w.b.t,

Amalkan selalu doa pembuka rezeki ini. Insyaallah dengan izin Allah SWT kita diberikan pintu-pintu yang yang diinginkan.




Takdir

Assalamualaikum wbt.


Terkadang,
Angin yang lembut itu bisa berubah kencang,
Dan manusia yang sedang ketawa itu,
Terus menangis gundah..
"hahahaha" Satu hari, Adam seronok bergelak ketawa, sambil kaki berjalan mengundur.
Gedebuk!
Seperti nangka sahaja jatuhnya, semua yang ada terkejut.
Adam kembali bangun, menggosok-gosok punggungnya, "HAHA. tak sakit tak sakit." Katanya selamba.
Ah anak kecil ini.
Dahulu Kita Juga Sepertinya
Sahabat,
Dahulu, Sewaktu kita kecil kita juga kuat. Banyak kali kita terjatuh ketika cuba hendak berjalan, tapi akhirnya kita bangkit kembali. Banyak kali kita 'dikecewakan' kerana tidak dapat menjamah semua makanan, tapi selepas itu kita ketawa kembali. Banyak kali kita bergaduh dengan teman sebaya, tapi selepas itu kita kembali bersapa dan berbual mesra.
Tapi,Semakin kita menginjak dewasa, kekuatan itu semakin hilang.
Waktu ditimpa dugaan, kita asyik bersedih.
Waktu disapa ujian, kita asyik merungut.
Kita asyik menuding jari kepada Allah, sedang Allah telah pun memujuk kita dengan ayat-ayat cintaNya :
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al-Insyirah : 5-6)
Terkadang ada manusia yang jadi malas beribadat, tidak lagi percaya kepada Allah. Sedang Allah setia menunggu, rintihan dan doa dari hamba yang amat dirinduiNya..
Sahabat,
Dahulu, seorang sahabat Nabi, ketika ujian tidak ditimpakan kepadanya, dia berasa gundah dan sedih, soalan yang sama diulang-ulang : Apakah Allah telah lupa kepadaku?
Sekarang sahabat,
Allah menguji tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan kepada ummat terdahulu.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Zainab puteri Rasulullah yang terpaksa memilih antara suami yang masih jahiliyyah atau ayah tercinta.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Sumayyah yang seisi keluarganya dibunuh di hadapan mata.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Bilal bin Rabah, dijemur, diseksa, dihempap batu.
Sahabat,
Allah sungguh kasih kepada kita. Tapi berbalaskah kasih itu?
Jangan Menyalahkan Takdir
Ada orang, yang usahanya sedikit, dan bila datang sesuatu yang tidak memuaskan, dia berkata : Ini adalah takdir.
Sahabat,
Kata-kata begitu hakikatnya seolah-olah kita menyalahkan takdir. Sesuatu yang belum berlaku tidak dinamakan takdir, bahkan kita masih ada peluang untuk mengubahnya.
Jika semuanya mahu bergantung kepada takdir, maka orang jahat tidak akan berubah menjadi baik kerana takdirnya sudah jahat.
orang miskin tidak perlu berusaha mencari duit, kerana takdirnya sudah miskin.
Pelajar corot tidak perlu belajar kerana takdirnya sudah corot.
Begitukah?
Mari kita baca satu cerita :
Ketika wabak penyakit berlaku di Syam, Umar Al-Khattab telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk tidak memasuki Syam.
Ada yang bertanya : Adakah engkau melarikan diri daripada Qadar Allah wahai Amirul Mukminin?
Beliau menjawab : ya, kita lari daripada Qadar Allah kepada Qadar Allah. Apa pendapat kamu jika kamu berada di atas dua jenis tanah iaitu yang subur dan kering. Bukankah jika kamu usahakan yang subur, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah dan jika kamu ushakan yang kering, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah juga?
Nak dengar cerita lagi?
Suatu ketika, seorang lelaki telah kalah dalam satu perbahasan dan berkata "Allah telah menentukan bahagianku."
Nabi SAW memarahinya kerana berkata demikian.Lahiriahnya kata-kata itu menggambarkan iman tetapi hakikatnya menampakkan kelemahan.
Sabda baginda:
"Allah membenci orang yang lemah, tetapi apabila tewas dalam suatu urusan kamu berkata: Bahagianku telah ditentukan oleh Allah."
Berusaha dan berusahalah dengan bersungguh, pilihlah takdir yang kita mahu... sehingga di pengakhiran usaha, ada sesuatu yang kita dapat setelah berusaha, barulah berkata : inilah yang telah ditentukan Allah buatku.
Tanya pada diri, apa usaha kita, dan jangan asyik berkata "Ala,dah takdir.."
Jadilah kuat. Islam itu hebat, maka mari jadi hebat untuk Islam.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd :11)
Berimanlah kepada Qada' dan Qadar Allah ; berusaha dengan apa yang kamu termampu dan berserah dengan kekuasaan Allah. Bekerjalah tanpa putus asa.
Jernihkan fikrah kita. Islam itu amaaaatttt Indah.


Petikan dari IluvIslam.com
Saya semakin suka baca artikel yang di karang dalam IluvIslam ni, bagi inspirasi dan banyak teladan yang dapat dikongsi. Sharing is caring ya know. Happy reading guys ! :)




Monday, August 6, 2012

Assalamualaikum wbt everyone,

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."




by: Najmie

"And put your trust in Allah if you are believers indeed.....5:23



Thursday, August 2, 2012

Cinta Sakinah

Assalamualaikum wbt , 


Sakinah merenung kembali masa silamnya yang telah lama ditinggalkan. Kini, Sakinah keseorangan menyendiri. Tiada lagi istilah 'couple' dalam hidupnya. Segalanya telah dibuang jauh. Akan tiba masanya untuk Sakinah berteman. Teman yang halal yang akan memimpin tangannya sepanjang jalan. Teman yang bergelar suami yang akan bersama Sakinah menempuh ranjau dan duri dunia.
Pada mata kasar manusia, Sakinah seorang gadis yang bertemankan sepi. Sepi pada pandangan kasar mereka namun hakikatnya Sakinah sangat bahagia bertemankan sinar dan kasih Ilahi. Sakinah tahu, dia telah mengambil keputusan yang tepat. Daripada berterusan membiarkan hati bertemankan lara yang tiada penghujung dan kasih yang mengundang dosa dan murka Si Khaliq, Sakinah rela melepaskan segalanya. Walaupun pada awalnya Sakinah begitu lara dan menangisi nasibnya namun akhirnya Sakinah sedar, Allah adalah As-Syifa, yang Maha Menyembuhkan.
Waktu itu, hatinya sakit sekali bak ditusuk oleh duri sembilu yang amat tajam. Perasaannya terguris dan hatinya luka berdarah tatkala menerima perkhabaran itu daripada Rafiq. Kepiluan yang dirasakan jua amat mendalam sekali. Kesedihan yang dilaluinya dirasakan amat panjang dan dipenuhi dengan deraian air mata. Hatinya sakit apabila diuji sekian rupa. Tidak putus-putus dirinya menangisi nasib diri. Sering sahaja Sakinah mengeluh andai sahaja aku tidak mengungkapkan kata-kata perpisahan ini, andai sahaja aku tidak mengenalinya dan sebagainya.
Fikirannya menjadi tidak rasional, hampir sahaja ucapan perpisahan mahu ditarik kembali. Tipu daya syaitan dan kemahuan nafsunya membuatkan Sakinah hampir hilang pertimbangan. Mujur, pertolongan Allah sampai kepadanya. Ia datang dalam pelbagai rupa. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh adik-beradik dan sahabat-sahabat Sakinah membuatkan Sakinah kembali tersedar. Perlahan-lahan ucapan syukur dilafazkan ke hadrat Ilahi.
Sakinah kembali bersujud kepada Allah SWT. Di dalam sujud Sakinah menangis syahdu. Taubat dilakukan sesungguh hati. Pada Ilahi segala rasa yang terbuku di hati Sakinah luahkan. Kalamullah kembali diselak dan ditadabbur maksudnya. Bagaikan terasa Allah berkomunikasi dengannya. Hatinya dipagut sayu. Sakinah menangis teresak-esak sambil memeluk tafsir Al-Quran kesayangannya. Kini, Sakinah mengetahui betapa besar kasih sayang Allah terhadapnya.
Semenjak itu, hari-hari Sakinah ditemani tafsir itu. Tatkala hati tidak tenang, kalimah zikir dan istighfar Sakinah alunkan. Deraian air mata sentiasa berguguran setiap kali usai berdoa. Di dalam doanya Sakinah meminta kepada Ilahi supaya diteguhkan hati menghadapi hari depan yang mencabar. Adakala hati terlalu lelah, ingin sahaja Sakinah jeritkan sekuat hati akan lara yang mendiami hati. Laungan takbir sentiasa diulang-ulang Sakinah. Jika Sakinah terasa berat akan derita yang menghuni hati, Sakinah akan segera mengingati kesusahan insan lain yang lebih hebat derita darinya.
Setiap kali hati Sakinah gundah, tafsir itu yang sentiasa dibukanya. Dari situ Sakinah menemui perasaan damai yang tidak dapat Sakinah gambarkan. Sakinah mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana telah menggantikan cinta yang lebih baik kepadanya. Itulah cinta Ilahi, cinta yang sentiasa dlimpahkan kepadanya tetapi jarang sekali dihargainya.
Doa tetap diutuskan buat Rafiq. Semoga Allah memberikan keteguhan iman kepadanya dan semoga Islam berkembang maju di negara tulip itu. Tidak pernah ada sekelumit dendam pun di hati Sakinah malah Sakinah sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Rafiq. Rafiq adalah saudara seagamanya. Tidak mungkin Sakinah mendoakan yang buruk-buruk buat Rafiq.
Sekian waktu telah berlalu, Sakinah kini lebih tenang dan sabar. Jika dahulunya Sakinah adalah seorang yang perengus namun kini tidak lagi. Ujian yang datang banyak menyedarkan Sakinah akan hakikat kehidupan dan rahmat Allah SWT. Kasihnya kini didekasikan buat Al–Khaliq dan kekasihnya, Rasulullah SAW.
"Ya Allah, ku dedikasikan seluruh hidupku untukmu. Tiada lara mahupun duka kini di dalam hatiku kerana telah ku pelajari nikmat ujian dan kesabaran. Tidak aku sesali diuji begini kerana kini aku lebih menghargai cintaMu terhadapku. Ya Ghafur, aku rela diuji begini andai dengan cara ini aku lebih mengenali dan mencintaimu. Aku pasrahkan segalanya kepadaMu. Ku serahkan urusan hidupku dan matiku hanya untukMu kerana hanya engkau Yang Maha Kuasa di atas segalanya."
-Petikan dari Iluvislam.com.
Saya ambil petikan cerita ini, kerana ia memang betul-betul sebiji berlaku dan wujud pada saya sekarang. "Aku tak kuat , akan tetapi , aku masih ada Allah." 
Sungguh agungnya Cinta Sakinah ni. YaAllah ya Tuhanku, terima kasih dan syukur ku panjatkan atas ujian yang kau beri di bulan yang mulia ini ya Allah, sesungguhnya kau masih lagi sangat menyayangi kami, alhamdulillah ya Allah. Dan di atas ujian yang telah kau berikan ini, tidak guna untuk aku menangis kerana untuk hal itu sahaja. Tapi aku perlu menangis kerana aku banyak meninggalkan suruhan Mu dan jarang untuk mengingat Engkau tapi hanya kerana leka dengan mengingati manusia. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya kami sangat berdosa padaMu kerana membiarkan hati ini melupakan Mu sejenak ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa kami, kau taburilah hati kami dengan rahmat dan cahaya petunjuk Mu. Kau berilah kami mempunyai sifat bersungguh-sungguh untuk memiliki cinta dari Mu ya Allah sebelum kami mengejar cinta sesama sendiri. Kau bersihkanlah dan lindungilah hati kotor kami ini ya Allah. Sedetik rindu, kasih dan sayang aku pada manusia yang Engkau hadirkan satu masa dahulu, adalah satu dosa yang aku tak sengaja dan aku mohon keampunan dariMu ya Allah. Kau ampunilah kami ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami ya Allah. Sesungguhnya kami benar-benar ingin memiliki Cinta Sakinah ini ya Allah ya Tuhanku.....................
Tolonglah ampunkan dosa-dosa hambaMu yang kerdil ini ya allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dan pada suatu detik atau saat nanti kau satukanlah hati kami dalam keadaan yang dihalalkan oleh syariat Mu ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah pemberi rahmat untuk sekalian alam. Dan kami yakin akan akan janji Mu. InshaAllah. Amin ya Rabbal alamin.

Kepada seseorang yang pernah memberiku harapan suci, terima kasih kerana kejutkan hati  dan minda saya yang hampir luput dari mengingati Allah dan sepantas kilat awak menyedarkannya. Hidayah yang Allah beri pada awak sangatlah berharga dan susah untuk orang lain dapat, bersyukurlah kerana awak dipilih oleh Allah untuk memperoleh hidayahNya. Betapa takjubnya rencana Allah pada kita. Semoga awak berjaya meraih cinta Allah dan berlumba-lumba untuk menjadi ahli syurga. Dan doakan yang terbaik untuk saya jugak. Sama-samalah kita menuju cinta Lillahi Ta'ala. Syukran for everything Allah.