Saturday, February 4, 2012

ADAKAH ANDA HARIMAU ITU ?




Di sebuah kampung yang dihuni kambing-kambing, terdapat seekor anak harimau yang terpisah dari ibunya sejak kecil. Di alam kambing, anak harimau itu langsung tidak mengetahui susur galur salasilah dirinya. Anak harimau yang bernama Caliph itu hidup dengan harmoni bersama-sama kambing yang lain. Sebagaimana kambing-kambing di kampung tersebut, Caliph memakan rumput, menyusu dengan ibu kambing dan mengembek. Tidak pernah sekalipun didengari auman Caliph seolah-olah ia bisu mengaum.

Adapun kambing-kambing yang lain tidak pernah menceritakan kepada Caliph bahawa ia bukanlah dari komuniti mereka. Disebabkan takut Caliph mengetahui kekuatan yang dimilikinya sebagai seekor harimau, kambing-kambing tersebut terus bermesra dengan Caliph dan tidak memberi peluang kepada Caliph untuk bertemu dengan spesies harimau yang sebenar.

Sehinggalah pada suatu hari, Caliph menyertai kumpulan kambing ke satu kolam untuk meminum air. Sewaktu sedang meminum air, tiba-tiba Caliph terperasan bahawa terdapat perbezaan yang jelas antara dirinya dengan kambing yang lain. Apabila diamati dengan lebih teliti, Caliph mendapati ia memiliki kuku yang tajam, taring, bertubuh sasa dan berwajah garang. Sungguh paradoks antara dirinya dengan kambing-kambing yang lain.

Menyedari hakikat itu, Caliph berasa sungguh sedih dan menganggap dirinya cacat. Caliph menganggap perbezaan yang dimilikinya sebagai kekurangan dan satu keadaan yang sungguh memalukan, bukannya satu kelebihan dan kekuatan yang mesti dibanggakan. Lalu Caliph berusaha untuk menjadi kambing sejati dengan terus meniru gaya hidup kambing-kambing yang lain.


Tetapi lama kelamaan, tahulah Caliph bahawa ia bukannya berasal dari komuniti kambing. Caliph bertambah sedar bahawa tubuhnya yang sasa, kukunya yang tajam, taring dan wajahnya yang garang merupakan senjata dan aset yang sungguh bernilai. Namun, alangkah malangnya apabila Caliph tidak tahu bagaimana menggunakan senjata tersebut.


Oh Caliph, BABY TIGER  




*Kisah di atas saya petik dan edit daripada satu ucapan Ahmad Azam Abdul Rahman (mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ) sewaktu dalam satu muktamar tahunan ABIM pada 1999 iaitu kira-kira 10 tahun.


Tokoh pemikir terkenal dalam bidang ketamadunan, Ibnu Khaldun pernah menyebut;

“ Bangsa yang lemah akan sentiasa meniru bangsa yang kuat dalam pelbagai segi.”


Kitalah Caliph, anak harimau dalam kisah di atas. Setelah bangunan khilafah dimusnahkan oleh puak Kuffar pada 1924, kita seakan-akan tidak mengetahui kemuliaan dan asal-usul kita. Kita berasa sungguh malu untuk bangkit dengan peraturan dan prinsip yang telah ditentukan oleh agama kita. Sebaliknya, kita beriya-iya mahu meniru idea global dan pembangunan yang dilancarkan oleh pihak Barat. Kita ditipu dan terus tertipu.


Kita berasa kecewa apabila kita gagal menggapai kemajuan sebagaimana Barat. Kita sedih apabila menyedari kita tidak akan menjadi seperti Barat. Lalu kita cuba meniru Barat dari pelbagai segi dan bergaya hidupkan seperti diajar oleh Barat.

Akhirnya, kita menyedari bahawa kita tidak akan maju sekiranya kita hanya meniru Barat, sebaliknya kita akan dihina oleh Allah disebabkan fi’il (perbuatan) kita yang menggantikan petunjuk dengan kesesatan yang dipromosikan oleh Barat. Allah telah memberitahu kepada kita bahawa kita mempunyai kekuatan dan senjata yang cukup ampuh di samping menyatakan bahawa puak dan juak dari kuffar cukup lemah, kekuatan mereka hanyalah seperti sarang labah-labah. Kita menganggukkan kepala sebagai tanda faham. Tetapi malangnya, kita tidak tahu bagaimana cara menggunakan kekuatan dan senjata yang kita miliki.

Akibatnya, kita sering bermusuh-musuhan. Ya, kita akui yang mereka (kuffar) jahat kerana telah memfaraidkan bumi islam kepada boneka-boneka mereka. Tapi, takkan kita terlalu lemah? Di mana kekuatan kita? Siapa boleh memberikan saya jawapan?

Ibnu Khaldun telah memberikan jawapan;

“Apabila cukup ramuan untuk sesuatu bangsa itu bangun, tiada sesiapa yang dapat menghalangnya.”


Kekuatan kita adalah Al-Quran & As Sunnah, jika kita tak ikut, maka runtuhlah bangsa. AYUHLAH BANGSA KU, KITA BERSATU PADU CARI RAMUAN ITU.








































































































































































Semua ini saya petik dari Facebook.