Saturday, February 4, 2012

ADAKAH ANDA HARIMAU ITU ?




Di sebuah kampung yang dihuni kambing-kambing, terdapat seekor anak harimau yang terpisah dari ibunya sejak kecil. Di alam kambing, anak harimau itu langsung tidak mengetahui susur galur salasilah dirinya. Anak harimau yang bernama Caliph itu hidup dengan harmoni bersama-sama kambing yang lain. Sebagaimana kambing-kambing di kampung tersebut, Caliph memakan rumput, menyusu dengan ibu kambing dan mengembek. Tidak pernah sekalipun didengari auman Caliph seolah-olah ia bisu mengaum.

Adapun kambing-kambing yang lain tidak pernah menceritakan kepada Caliph bahawa ia bukanlah dari komuniti mereka. Disebabkan takut Caliph mengetahui kekuatan yang dimilikinya sebagai seekor harimau, kambing-kambing tersebut terus bermesra dengan Caliph dan tidak memberi peluang kepada Caliph untuk bertemu dengan spesies harimau yang sebenar.

Sehinggalah pada suatu hari, Caliph menyertai kumpulan kambing ke satu kolam untuk meminum air. Sewaktu sedang meminum air, tiba-tiba Caliph terperasan bahawa terdapat perbezaan yang jelas antara dirinya dengan kambing yang lain. Apabila diamati dengan lebih teliti, Caliph mendapati ia memiliki kuku yang tajam, taring, bertubuh sasa dan berwajah garang. Sungguh paradoks antara dirinya dengan kambing-kambing yang lain.

Menyedari hakikat itu, Caliph berasa sungguh sedih dan menganggap dirinya cacat. Caliph menganggap perbezaan yang dimilikinya sebagai kekurangan dan satu keadaan yang sungguh memalukan, bukannya satu kelebihan dan kekuatan yang mesti dibanggakan. Lalu Caliph berusaha untuk menjadi kambing sejati dengan terus meniru gaya hidup kambing-kambing yang lain.


Tetapi lama kelamaan, tahulah Caliph bahawa ia bukannya berasal dari komuniti kambing. Caliph bertambah sedar bahawa tubuhnya yang sasa, kukunya yang tajam, taring dan wajahnya yang garang merupakan senjata dan aset yang sungguh bernilai. Namun, alangkah malangnya apabila Caliph tidak tahu bagaimana menggunakan senjata tersebut.


Oh Caliph, BABY TIGER  




*Kisah di atas saya petik dan edit daripada satu ucapan Ahmad Azam Abdul Rahman (mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ) sewaktu dalam satu muktamar tahunan ABIM pada 1999 iaitu kira-kira 10 tahun.


Tokoh pemikir terkenal dalam bidang ketamadunan, Ibnu Khaldun pernah menyebut;

“ Bangsa yang lemah akan sentiasa meniru bangsa yang kuat dalam pelbagai segi.”


Kitalah Caliph, anak harimau dalam kisah di atas. Setelah bangunan khilafah dimusnahkan oleh puak Kuffar pada 1924, kita seakan-akan tidak mengetahui kemuliaan dan asal-usul kita. Kita berasa sungguh malu untuk bangkit dengan peraturan dan prinsip yang telah ditentukan oleh agama kita. Sebaliknya, kita beriya-iya mahu meniru idea global dan pembangunan yang dilancarkan oleh pihak Barat. Kita ditipu dan terus tertipu.


Kita berasa kecewa apabila kita gagal menggapai kemajuan sebagaimana Barat. Kita sedih apabila menyedari kita tidak akan menjadi seperti Barat. Lalu kita cuba meniru Barat dari pelbagai segi dan bergaya hidupkan seperti diajar oleh Barat.

Akhirnya, kita menyedari bahawa kita tidak akan maju sekiranya kita hanya meniru Barat, sebaliknya kita akan dihina oleh Allah disebabkan fi’il (perbuatan) kita yang menggantikan petunjuk dengan kesesatan yang dipromosikan oleh Barat. Allah telah memberitahu kepada kita bahawa kita mempunyai kekuatan dan senjata yang cukup ampuh di samping menyatakan bahawa puak dan juak dari kuffar cukup lemah, kekuatan mereka hanyalah seperti sarang labah-labah. Kita menganggukkan kepala sebagai tanda faham. Tetapi malangnya, kita tidak tahu bagaimana cara menggunakan kekuatan dan senjata yang kita miliki.

Akibatnya, kita sering bermusuh-musuhan. Ya, kita akui yang mereka (kuffar) jahat kerana telah memfaraidkan bumi islam kepada boneka-boneka mereka. Tapi, takkan kita terlalu lemah? Di mana kekuatan kita? Siapa boleh memberikan saya jawapan?

Ibnu Khaldun telah memberikan jawapan;

“Apabila cukup ramuan untuk sesuatu bangsa itu bangun, tiada sesiapa yang dapat menghalangnya.”


Kekuatan kita adalah Al-Quran & As Sunnah, jika kita tak ikut, maka runtuhlah bangsa. AYUHLAH BANGSA KU, KITA BERSATU PADU CARI RAMUAN ITU.








































































































































































Semua ini saya petik dari Facebook. 

Assalam !

Just now, im busy preparing of my speech for this Monday. I gonna give a talk ! Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan aku di hari itu dan permudahkanlah kata-kataku untuk memberi sedikit ilmu kepada anak-anak bangsa yang juga hamba Mu. One of my weakness is cakap berbelit & kelu lidah & tiba-tiba terketawa tanpa sebab. Setan lalu kot -,-. My daily conversation with colleague agak terbantut maybe sebab kena berjaga-jaga dalam percakapan, yelah, cakap dengan orang ....-.-...... ! Kannn. Haha. Cakap dengan orang lain semua normal alahmadulillah, tapi memang most of my friend tak faham, sebab air liur tak habis telan lagi aku bantai cakap je. Sorry ! Kalau tak faham apa yang saya cakap NOW ! Weee, that's me.


So yeah, just nak share one of my reference video about giving talk. And saya memang minat Puan Nurul Izzah ini sedari remaja lagi. Saya sedar anda-anda semua pasti akan tak berpuas hati apabila saya menyatakan ini. Well, well, well saya manusia, dia manusia, anda-anda pun manusia, kita semua manusia yang tak terlepas dari kesalahan. Apabila saya menyatakan ini, tak juga bermaksud yang saya menyokong parti yang beliau 'adili'. Sila tolak ketepi tentang hal politik. 


Di sini, saya nak bercakap tentang kredibiliti beliau dalam membicarakan sesebuah isu dan peranan beliau sebagai seorang anak (bapanya teraniaya atau tidak, wallahulam), sebagai seorang isteri (dapat suami yang begitu baik), ibu (ibu kepada dua orang anak) dan YB. Jika dibariskan sendiri pembicara wanita sememangnya ramai. Tapi saya lebih tertarik dengan beliau yang sangat sopan, Ya Allah, susah nak jadi sopan dan manis seperti beliau, sangat tertib dan tegas dalam tutur bicara semasa mengendalikan sesebuah forum. Saya kagum dan saya nak diri saya seperti itu. Eh, in my own way but cara dan gaya penyampaian yang sederhana, sopan dan tegas tu yang saya nakkkk. 



Nah, ini videonya. SEBENARNYA, apa yang Izzah cakap ni benar belaka. Sangat fiktif. **Eh tersokong pulak parti dia :P **Sifat-sifat yang tak disengajakan tu biasalah, namanya lagi MANUSIA



Ingin dikongsikan juga peribahasa Melayu yang perlu kita tauladani, *oh saya sangat sukakan Karam Singh Walia, cukup kuota kan? Saya natural tak sebelahkan mana-mana pihak ? Kann kann  

Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya. Ini bermaksud, orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. Selagi mana dia berpegang kepada akar umbinya. Fikir-fikirkanlah


Oh my blog tak perlukan obiter dictum kalian, kalau boleh follower pun taknak. * Nak sedapkan hati, sebenarnya follower blog sikit eh Emma? Jangan risau follower awak, risaukan follower Tuhan awak k. Sungguh sopan Emma ni, wink! :). 

BLOG ABJOURNED


Friday, February 3, 2012



This is so fun. I want this stuff !







Wednesday, February 1, 2012

Assalam, two quotes I wanna share with you guys today !




"Usah TAKUT kehilangan orang yang DICINTAI kerana agama, sebaliknya takutlah KEHILANGAN AGAMA kerana orang yang kita cintai."



"JANGAN biarkan dirimu terlalu "MURAH" sehingga mampu "DIMILIKI" dan "DIBUANG" begitu sahaja."


And Oh Allah, she deserves a good guy belong to her life.


A GOOD GUY BELONG TO HER LIFE