Monday, April 2, 2012

Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah, kau dekatkanlah dan kuatkanlah jodoh kami. Sesungguhnya aku hanya harapkan si dia adalah jodohku, aku mohon padaMu ya rabb. Aku tahu aku banyak kekurangan, aku harap kami sama-sama dapat menghadapi kekurangan yang ada. Aku tak mahu melewati masa-masa yang ada dengan mencintai seseorang tanpa ikatan yang sah. Kau ampunilah dosa aku kerana melampaui perasaan cinta itu, kerana sungguh aku rinduuuuu ya allah. I know, 'Real Love means helping each other to attain Jannah, Not holding each others hands walking towards The Hellfire'. Janganlah kau buatkan perasaan cinta aku kepada dia melebihi segalanya sehingga membuatkan cinta aku berpaling dariMu Oh Allah. Ampunilah dosa aku.  -'Wahai Tuhan yang memegang hati ini, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu.

Ameen ...


"Bahawa kami wanita, tidak akan ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana..... kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami."